Disclaimer! ![]() Click It! ![]() ![]() |
Sila baca. Beri tajuk :)
Tuesday, 15 May 2012 | 02:51 | 0 comments
![]()
♥
Dah lama tak menulis. Sapu sikit blog ni. Tiup habuk sikit *puh puh. Ehehe. Sebab dah lama tak menulis, menaip, bla-bla, aku banyakkkkk gila ceritaaa! Tapi tak tahu sempat ke tak nak cerita sampai habis. Macam larat je. Hehe. OK. Em, aku dah dapat barang yang aku nak selama ni! Suka, Ya Allah, macam.. macam.. apa? Entah. Tak reti nak describe perasaan aku ni. Hehe. Oklah. Terus terang. Aku dah beli DSLR. Guna duit aku, omma appa tambah sikit. Hem. Suka gila bila dah dapat. Takdelah dok fikir sangat. Nak, nak nak! Sekarang dah dapat kan? Watlek ah. Aku beli yang murah aje. Takde duit ah nak beli yang RM30++, RM40++ macam korangg semua. Ye ah. Bukan orang kaya. Dah ada cukup. Alhamdulillah :)
Aku ambik jenis Canon, model 1100D. ' Eeewww. Kuno ah mu. Orang dah lama ada benda tu. Tak heboh pun :P' Takpelah kalau nak cakap macam ni pun. Aku tak kisah la. Aku dapat bneda tu atas usaha sendiri. Mak ayah tolong sikit-sikit aje. Malas nak membebankan diaorang. Anak baik tak buat gitu kan? :D Ok, sambung. Kamera tu baru aje duduk dengan aku. 3minggu, mungkin. Dah bawak dah pun pi sekolah. Hihi. Bukan nak nunjuk pun, tapi nak snap gambar kan. BTW, aku dah banyak guna kamera tu buat ambik gambar sendiri. Haha. Self-cam ye? Ha, self-cam lah. Tapi, lepas tu, delete balik. Buruk ah T^T...
![]()
Ma' baby Kanonggg ♥
Pastu cakap pasal exam le pulak. Exam? Mid-Year exam. Kali ni macam HELL. Tak susah. Cuma aku ni malas sangat nak belajar. Sape suruh? Mak aku pun selalu duduk membebel. Pergi belajar, pergi belajar! Tak pun. Pegang kamera 24jam. Ktipuu. Biasa ah orang baru ada. Jakunggggg :D Jakun okay jakun. Tadi baru exam add maths. Bagus sangat. Soalan Ya Allah, macam apa entah. Aaaaaaa. Jawab 20 minit, pastu tidur. Hell yeah. Bangun tidur, sambung jawab. Baru ada feel nak jawab. Tapi hentam jugak. Tak betul dan tak serius langsung. Hem. G+++++ dalam genggaman. Mana nak pandai. Time cikgu mengajar, aku cakap-cakap. Ada jugak habis fokus dah. Tahan sehari je, pastu lupa. Tuisyen tak pergi. Latihan tak buat. Ha, apa lagi nak cakap. Habis lah kalau sendiri tak usaha.
Kimia satu! KIMIA. Susah oii. Apa formula molekul, empirik. Jisim relatif tak relatif? Apa, apa? K. Aku tahu tapi dah lupa. Hem. Ni same aja macam add maths. tak buat latihan, pleasee go to HELL. Memang tak boleh jawab. Menyesal pulak bila dah macam tu :'( macam bo*** sangat. Macam tak belajar langsung. Cikgu yang ajar macam apa dah duk ngajar sampai berpeluh. Dahlah dia baru lepas operate. Sorry cikgu. Lain kali saya usaha. FIZIK. Boleh pulak aku jawab, sedangkan cikgu yang mengajar tu em em em em, TAK JELAS! Seriously, aku langsung tak dapat apa yang dia ajar. Kesian jugak cikgu kadang-kadang. Tapi, biarlah :D InsyaAllah, result okay! Amin! :)
13 Mei hari ibu kan? Hem tak ucap pun. Takpe. Harap dia tak kisah. Seriously, lupa sangat. Hihi. Tak ucap pun, hati tetap sayang. Tak kira ah. Kan umi? :) Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia hiup dunia akhirat. Much loveeeeee ;)
|